Tuesday, July 27, 2010

MANUSIA DAN ANJING ADALAH CIPTAAN TUHAN

Saya amat tertarik dengan komen RPK baru-baru ini - Dimana Nabi Muhamad dan kumpulannya melihat seorang wanita pelacur yang hina sedang memberi air minum kepada seekor anjing dengan menggunakan tangannya yang dibiarkan dijilat oleh anjing tersebut. Sabda Nabi Muhammad - Wanita pelacur itu tempatnya adalah di SYURGA.
Secara logiknya Manusia adalah dicipta oleh TUHAN, begitu juga ANJING yang ujud ini ciptaan TUHAN.
Anjing itu tidak haram sebenarnya, saya bukannya fasih dan mendalam dalam Islam, kecuali air liurnya tidak boleh terkena pada mana mana bahagian badan seorang Islam. Kalau terkena adalah dimestikan mencuci dengan sebersih-bersihnya. ITU SAJA. Saya mendapati rata rata ramai Muslim di Malaysia menganggap Anjing itu seperti musuh dan hina. Dipukul, dilanggar dan menggunakan cara seboleh bolehnya bunuh anjing tersebut. Perbuatan itu adalah SALAH.
Sama sama ciptaan tuhan. apa kata berlaku sebaliknya.
Berbalik kita kepada Wanita Pelacur itu - Ini jelas menunjukkan Ajaran Islam yang sebenarnya ada belas kasihan. akan tetapi majoriti Islam di Malaysia lebih utamakan ajaran Islam yang nyata yang mustahak adalah jangan tinggal sembahyang 5 waktu sehari, berpuasa di Bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji dan lain-lain tuntutan Islam dalam Al Quran. Adakah itu sudah cukup untuk seorang Islam jalan ke syurga?
Sekali lagi saya katakan, saya bukannya cukup mendalam mengenai Islam, tetapi setiap ajaran agama tidak kira Islam, Kristian, Buddhist, Hindu dll disamping mengikut kehendak ajaran agama, setiap umat harus mempunyai perasaan belas kasihan dan berperi kemanusiaan. Dosa dan pahala ditentukan Tuhan, bukan sahaja dalam Islam, tetapi agama yang lain pun sama. Setiap manusia tidak akan tahu jumlah dosa yang ada padanya dan jumlah pahala yang ada padanya Kerana TUHAN sahaja yang tahu. Sebab itulah semua agama berkehendakkan setiap umatnya berbuat baik dan hidup berlandaskan ajaran agama masing masing. Tidak ada satu agama didunia ini yang mengamalkan ajaran bertentangan, kecuali ajaran-ajaran sesat dan tidak boleh diterima manusia.
Kenyataan RPK itu menyedarkan kita bahawa - Yang alim dan taksub kepada agama itu tidak semestinya baik dan mulia, manakala sebaliknya kepada mereka yang melakukan kejahatan dan hina. Bertaubat dan balik ke pangkal jalan adalah yang sebaik baiknya. Bagi saya seorang wanita pelacur itu lebih mulia daripada seorang umat yang menyimpan hasrat dengki dan fitnah.
Terima kasih kepada RPK - memberi kesedaran kepada saya dan yang lain. Gunakanlah kenyataan itu dalam amalan saki baki hidup kita.

Monday, July 26, 2010

INTEGRASI NASIONAL MEMERLUKAN PERGORBANAN

Saya ingin memberi sedikit komen dan pandangan terhadap rencana oleh Dr Redhuan Tee Abdullah yang bertajuk INTERGRASI NASIONAL MEMERLUKAN PENGORBANAN dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 20.12.2009.
Apa yang diperkatakan oleh saudara Redhuan Tee mengenai Majoriti Persatuan-Persatuan Cina yang berpengaruh langsung tidak setuju dengan apa jua tindakan dan usaha Kerajaan dalam memperbaiki Kedudukan Bahasa Melayu di Sekolah Cina - Itu adalah salah tanggapan saudara!! Kerana tujuan dan motif mengekalkan Sekolah Cina dan Tamil harus diambil kira, Bahasa ibunda tidak harus diketepikan langsung.. Saudara harus tahu betapa peri mustahaknya mempelajari Bahasa Ibunda iaitu Cina dan Tamil. Tahukah saudara zaman telah berubah, kini majoriti negara telah bertukar haluan dan beralih pandang ke Cina dan India. Kenapa kita harus mengenepikan seruan PM supaya kaum lain mempelajari Bahasa Cina. Walaupun Bahasa Resmi iaitu Bahasa Malaysia tidak boleh diketepikan, malah saya mendapati rata-rata Sekolah Cina dan Tamil mengambil berat terhadap Bahasa Malaysia, ianya juga bermula sejak di Kelas Tadika lagi.
Untuk pengetahuan saudara, Memperkasakan Bahasa Malaysia sejak bangku sekolah bukan lah salah satu caranya dapat mengintegrasikan rakyat berbilang kaum. begitu juga penguasaan Bahasa Malaysia setiap pelajar tidak menjamin kejayaan integrasi tersebut.Pokok pangkalnya setiap rakyat Malaysia harus mengubah mind set - MALAYSIA ADALAH NEGARA KU dan 5 RUKUN NEGARA harus difahami dengan mendalam secara jujur dan ikhlas diguna pakai untuk hidup seharian.
Cadangan penambahan masa pembelajaran untuk subjek Bahasa Malaysia dan penambahan subjek Malaysia Negaraku adalah lebih baik, tetapi ianya memerlukan kajian yang mendalam memandangkan subjek Malaysia Negaraku dalam Bahasa Ibunda tidak menjejaskan Prestasi motifnya.
Jangan kita hanya melihat orang lain tidak menjalankan kajian, saudara kena tanya diri sendiri adakah saudara juga tidak kjurang samanya dengan mereka. Kerana setiap permasalahan dan tajuk harus ada kajian teliti dan mendalam secara keseluyruhan bukan hanya berdasarkan kepada segelintir sahaja. Kita harus berpegang kepada keputusan majoriti bukan keputusan segolongan kecil sahaja. Saya menafikan bahawa Prestasi Bahasa Malaysia dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan semua peringkat di Sekolah Cina dan India MEROSOT. Jangan kita ambil perbandingan awal Tahun 60an dan 70an. kerana pembelajaran di era tersebut saya memperlihatkan majoriti pelajar kekok bertutur Bahasa Melayu dan peratusan kelulusan peperiksaan amat rendah berbanding dengan pelajar zaman mellinium. Prestasi pelajar Sekolah Cina dan India kini boleh dianggap jauh lebih baik. Kini terdapat pembaca berita, para artis dan pelakon Cina dan India yang fasih bertutur Bahasa Malaysia/Melayu.
Sebenarnya Intergrasi Nasional rakyat Malaysia bukan masalah pelajar-pelajar tidak fasih bertutur Bahasa Malaysia/Melayu, tetapi pengorbanan Kerajaan harus jujur dan ikhlas dalam memperkasakan Bahasa Malaysia/Melayu sebagai Bahasa Resmi negara kita. Adakah pihak kerajaan acap kali merombak dan mengubah corak jentera pemerintahan dari peringkat Bawahan sehinggalah Atasan. Apa yang kita perlihatkan hanya intergrasi diperingkat atasan sahaja iaitu mengekalkan kuota para Menteri-menteri dan Timbalannya sahaja. Bagaimanakah dengan jawatan selepas daripada itu adakah kuota diutamakan? Ianya tidak mencerminkan Intergrasi nasional sebenarnya. Sama ada saudara tahu atau tidak perlu tahu, jelajah lah ke seluruh pelusuk negara dan buat kajian terhadap Kaki tangan awam diperingkat Kerajaan Tempatan, Negeri dan Pusat - TIDAK ADA SATU PEJABAT PUN YANG MENCERMINKAN CIRI CIRI INTERGRASI NASIONAL SEBENAR dan tidak mencorak pun IMALAYSIA. Itu sebabnya saya ingin memberi penekanan bahawa Kerajaan lah yang memikul beban secara jujur dan ikhlas dalam memperkasakan Intergrasi Nasional dan bukannya memperkayakan ilmu dan penguasaan Bahasa Malaysia/Melayu dapat menjamin impian Kerajaan mengintergrasikan rakyat.
Kenapa saudara membandingkan warganegara luar dan anal-anak saudara yang fasih Bahasa Malaysia/Melayu sebelum menjejaki alam persekolahan. Tahukah saudara perbezaan suasana jauh berlainan. Tahukah saudara betapa ramainya rakyat bukan Melayu yang dapat menguasai Bahasa malaysia/Melayu lebih baik daripada Rakyat Melayu? Saudara adalah salah seorang daripadanya. Kini ramai sekali pelajar-pelajar Bukan Melayu yang menghadiri kelas-kelas tambahan bertujuan untuk menguasai Bahasa Malaysia/Melayu. Cuba kita buat perbandingan para Menteri Bukan Melayu zaman dulu dengan kini. Bagaimana???? Buat kajian menyeluruh. Tahukah saudara, peratusan pelajar-pelajar Bukan Melayu di Bandar menguasai Bahasa Malaysia/Melayu lebih baik daripada pelajar luar Bandar? Adakah mendapat kelulusan yang cemerlang Bahasa Malaysia/Melayu menjamin diberi biasiswa dan berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan? Sebagaimana yang diperkatakan oleh saudara?
Bagi saya mungkin tidak berkelulusan tinggi, sekadar STPM tahun 1970an dalam aliran Sekolah Melayu dan berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan, berpengalaman dan menjelajah seluruh negara. Apa yang tidak pernah saya lihat dan tahu, mana salah silapnya. Bagi saya Kerajaan Pemerintah tidak serius dan tidak jujur serta ikhlas dalam mengintergrasikan rakyat. Jangan kita hanya mempertikaikan sistem pembelajaran sahaja, kita harus mencari satu resolusi yang situasi menang menang yang berkesan untuk mengintergrasikan rakyat.
Saya telah banyak menghadiri forum-forum dan memberi ceramah-ceramah serta komen-komen dikalayak ramai mengenai halatuju INTERGRASI RAKYAT. Ianya tidak akan tercapai, kalau kerajaan tidak tegas.Saya memberi penekanan betapa pentingnya Intergrasi Rakyat Anggapan Rakyat Bukan Melayu amat jelas, dengan adanya diskriminasi menjawat jawatan dalam Kerajaan telah menambahkan jurangnya. kenapa dibiarkan Rakyat Melayu lebih bekerja kepada Kerajaan dan Rakyat Cina serta India
dalam swasta? Bukan kerana mereka ini tidak bijak atau tidak mnempunyai kelulusan yang baik.
Cuba kita lihat tentang Parti Kerajaan yang memerintah, BN hanya berkahwin dengan Parti-PARTI Komponen yang lain semasa dalam Pilihanraya sahaja, selepas itu masing masing berjuang menjaga hak-hak dan kepentingan masing masing, begitu juga dengan Parti Pakatan Rakyat, sama sahaja.
Saudara harus faham tentang ketidak setujuan rakyat Bukan Melayu dalam menghakiskan sekolah Vernakular, Bahasa Ibunda harus dipelihara, Rakyat Malaysia kita tidak boleh disamakan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina kerana negara tersebut kerana lebih 90% rakyatnya satu kaum.
Untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia adalah tanggungjawap setiap rakyat dan tidak ada cacat cela mengujudkan lebih banyak IPTS kerana pihak Kerajaan hanya menghadpkan pengambilan pelajar IPTA. Tahukah saudara berapa ramai pelajar pelajar bukan Melayu yang memperolehi keputusan-keputusan yang jauh lebih baik daripada pelajar Melayu yang tidak dapat memasuki IPTA??????? Saudara TAHU tetapi ........ Saya ingin bagi contoh Pelajar Bukan Melayu yang memperolihi 10A atau lebih tak layak ke IPTA, wahal pelajar Melayu yang memperolihi 4-5A sahaja sudah cukup layak. Ingin saya tegas disini saya bukan nak pertikaikan Hak hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, akan tetapi saudara yang mencadangkan pihak Kerajaan supaya menghadkan pembukaan IPTS. Kalau pelajar yang memperolihi 10A itu tak layak masuk IPTA, ini bermakna kecermelangan pelajar-pelajar tersebut yang mana mereka bertungkus lumus itu sia sia sahaja. Apakah perasaan Saudara sekiranya saudara adalah salah seorang daripadanya?????? Tahukah saudara ijazah keluaran IPTS adalah lebih baik daripada keluaran IPTA? Kenapa ini boleh terjadi... Saudara kena tepok dada dan tanya ....Apa perlunya sistem kuota kalau kualitinya tidak diberatkan.
Serangan bertalu talu terhadap saudara, dimana saudara menyatakan mereka yang tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia/Melayu itu TIDAK ADA SEMANGAT PATRIOTIK. Tahukah saudara bahawa Cintakan Negara kita Malaysia dan Hidup berdasarkan kepada RUKUN NEGARA telah ada disanubari setiap rakyat yang bergelar Warganegara Malaysia. Tahukah kenapa pandangan saudara itu tidak tepat? Biarkan saya ungkapkan kepada saudara bahawa saudara hanya pandang pada satu sudut sahaja tetapi tidak menyeluruh lebih tepat sekali kalau saya katakan bahawa AGAMA lah yang sentiasa membeza-bezakan antara manusia dan agama lah yang menjadi batu penghalang dalam mengasimilasikan Rakyat Malaysia dan bukan kerana kurang atau tidak fasih Berbahasa Malaysia/Melayu.
Apakah perasaan saya sebagai seorang yang berbangsa Cina berstatus Warganegara Malaysia atau saudara sendiri dengan memiliki Dokumen perjalanan dan melawat Negara China.Adakah saya atau saudara dianggap Orang Cina atau Malaysia? Mereka rakyat Negara China menganggap saya dan saudara adalah Rakyat MALAYSIA, begitu juga dengan SAMY VELU pergi ke India. Kenapa..... kenapa.... Setiba sahaja saya ke Malaysia, saya di gelar CINA kenapa bukannya MALAYSIAN. Begitu juga saudara yang dikelasifikasikan sebagai CINA MUSLIM, kenapa perkataan CINA ujud lagi??? Jadi kayu pengukur sama ada pencapaian Intergrasi Nasional itu terletak kepada usaha Kerajaan semata-mata. Pandangan saya rakyat bukan Melayu kini sudah banyak berubah dan akan berubah demi mencorakkan Kemalaysian Rakyat kita.
Sebagai Pemimpin dalam Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, berbagai-bagai liku-liku saya tempohi dalam penghidupan harian saya sejak kecil hingga melebehi setengah abad, sudah cukup untuk saya mengetahui dan melihat dengan sejelas jelasnya serta tahu apakah akan terjadi dengan rakyat negara kita masa akan datang. Kerajaan harus mencari sebab musabab dan mengorak langkah dalam kesukaran mengintergrasikan rakyat. Saya ingin memberi pandangan secara ikhlas, jujur dan suci hati, tanpa ada niat buruk tetapi saya mahu melihat negara kita MALAYSIA yang aman dan damai serta makmur dalam keadaan BERSATU. Kerajaan kita mengamalkan sistem pemerintahan yang bercorak KEMALAYSIAN.Selagi adanya Rakyat kelas PERTAMA dan KEDUA, selagi itu lah KEMALAYSIAN tidak akan tercapai. Tanpa kita menyentuh hak hak Keistimewaan Rakyat Melayu. Biarlah Kerajaan bertindak seimbang dan saksama demi menyangkal presepsi rakyat terhadap sistem pentadbiran Kerajaan.
Untuk maklumat saudara Rakyat Bukan Melayu adalah tetap Rakyat Malaysia bercucu cicit dan seterusnya, Kerajaan kena berpaksikan sistem pentadbiran yang adil, saksama serta ikhlas dalam melayan masalah RAKYAT MALAYSIA
Kesimpulannya, rencana saudara itu ada berat sebelah dan tidak jujur daripada saudara, Kalau mahu mengujudkan BANGSA MALAYSIA, saudara masih ada pembayang dan melindungi berbagai-bagai isu yang harus dibawa berbincang atau paparan umum. Tidak keterlalulan kalau saya katakan bahawa rencana saudara itu lebih kepada menyerang Persatuan-Persatuan Cina dan Parti Politik Cina yang berjuang untuk mengekalkan SJK C dan SMJK C. Pada pandangan saudara mereka itu tidak PATRIOTIK. Memang tidak dapat dinafikan bahawa fakta sejarah menjadikan jurang ektnik rakyat dan kesukaran untuk mengintergrasikannya, bak kata pepatah MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA.
Saya anak MALAYSIA yang sentiasa perihatian, asalkan ianya dikatakan MALAYSIA, Saya tidak mahu melihat satu tahap yang membimbangkan pada masa kini dan selama-lamanya...... CARI SATU PETUA untuk kebaikan. Sekian.........

Sunday, July 25, 2010

SIAPAKAH SEBENARNYA DR REDHUAN TEE????

Seorang pensyarah kanan disebuah menara gading di Malaysia. Layak kah dia tu? Wahal dirinya sendiri pun awak tak tahu asal usul awak!!
Awak memang pandai memberi komen dan ceramah. Jangan awak campor aduk antara BANGSA dengan AGAMA. Jauh perbezaannya. Kerana komen dan kenyataan awak yang mana dapat menjarakkan jurang hubungan kaum di MALAYSIA. Tahukah awak kenapa saya berkata sedemikian??? Menyingkap kembali beberapa komen dan kenyataan awak, jelas sekali awak ini BAIS dan condong sebelah. Awak lebih mengutamakan Agama daripada MANUSIA SEJAGAT. Sedangkan Agama Islam, atau apa juga agama dianuti oleh MANUSIA di dunia ini mempunyai ajaran yang murni, hanya caranya berlainan.
Tahukah awak kenapa majoriti Kaum Cina sentiasa dan kekal mempertahankan Pendidikan di SRJK C atau SMKJ C???? Awak harus kaji lebih mendalam sebelum buat kenyataan membuta tuli!!!!! Dari dulu lagi ianya adalah Sekolah Bantuan Modal sahaja, yakninya tidak semua ditanggung penuh oleh Pihak Pemerintah, seperti SK dan SMK 100% bantuan penuh Pihak Pemerintah. Tahukah awak tanggungan itu diambil daripada mana datangnya income itu???
Siapakah majoriti yang menyumbangkan income Pihak Pemerintah itu?? Kalau lah tanpa bantuan penuh pihak pemerintah, siapakah lagi yang akan membantu mengekalkan SJK C dan SMKJ C di Malaysia??? Tidak lain dan tidak bukan tentulah PARTI DAN NGO KAUM CINA MALAYSIA.
Awak jangan menyalahkan mereka yang menghulur bantuan dan jangan salahkan mereka sentiasa begitu prihatian. Awak pun tahu tetapi tak cakap pun jumlah kouta yang diberi tempat pengajian tertinggi mengikut kaum, kenapa awak membisu seribu bahasa?? Awak ini umpama LALANG. Kalau nak komen dan ceramah biarlah tidak berpihak mana mana. Saya tidak menyalahkan mereka yang mempertahankan SJK C dan SMKJ C. Perlu awak semak dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Kenapa awak lebih peka dengan perbandingan antara Kaum Cina dengan Kaum Melayu sahaja??? Apakah niat hati awak itu???? Bolehkah awak tak buka mulut awak itu. Sebab kata-kata awak itu lebih kepada menghasut. Ini akan menimbulakan tidak senang antara kaum.
Komen dan ceramah awak itu biarlah kepada agama Islam, kerana awak ni dianggap seorang yang warak dan alim... Awak jangan bermain dengan Api Politik.
Kepada awak Redhuan Tee -
Awak mengakui awak ni petah Bahasa Melayu
Awak mengakui anak-anak awak ni petah Bahasa Melayu
Manakala kaum Cina dan India di Malaysia ini tidak penting dan tidak petah Bahasa Melayu
Tahukan awak ramai pelajar Kaum Cina dan India yang mendapat keputusan lebih cemerlang dalam Bahasa Melayu jika dibandingkan dengan Kaum Melayu sendiri??
Ramai antara mereka diatas itu berkeputusan jauh lebih baik tidak ada peluang ke menara gading, pasti awak tahu, tetapi membisu seribu bahasa, betulkan???? Awak kena buat kajian dan beri komen masalah tersebut.

Saturday, July 17, 2010

KENAIKAN HARGA BARANG SUBSIDI GULA DAN MINYAK BENAR-BENAR MEMBEBANKAN RAKAYAT JELATA.

Satu pengumuman mengejut oleh PM pada 16.7.2010 berhubung kenaikan harga barang subsidi seperti gula, minyak dan gas, banyak menimbulkan keresahan dan rasa tidak puashati terutama kalangan rakyat jelata yang berpendapatan rendah. Saranan PM kononnya wang tersebut dapat digunakan bagi tujuan mempertingkatkan ekonomi dan pendidikan rakyat.

Dengan kenaikan harga barang yang berkuatkuasa pada 17.07.2010, secara keseluruhannya tidak membebankan golongan berpendapatan tinggi, tetapi bagaimana kah kedudukan rakyat jelata yang berpendapatan rendah bak kata pepatah KAIS PAGI MAKAN PAGI. Adakah golongan ini yang merangkumi majoriti berasa selesa dan bersetuju dengan kenaikan harga barang subsidi tersebut? Kenapa kenaikan barang ini dibuat dalam keadaan terdesak, wahal PM dan pemimpin-pemimpin Kerajaan kini dengan nada yang tinggi menyatakan bahawa Negara kita tidak menghadapi kemelut kewangan, Ekonomi negara kita kukuh. Sepatutnya kenaikan harga barang tersebut tidak sepatutnya di umumkan.

Mengikut TPM sistem dan kedudukan pendidikan di Negara kita ditahap yang baik, kenapa perlu penambahan baikan sistem pendidikan di Negara kita ini. Dimanakah letaknya kekurangan, sama ada pendidikan diperingkat rendah, menengah dan tinggi? Kenapa tidak membuat perbandingan taraf pendidikan negara kita dengan negara-negara yang mana perbandingan dibuat mengenai harga barang yang dinaikkan itu?

Perlu dikaji sebelum membuat perbandingan dengan negara-negara jiran mengenai harga-harga gula, minyak dan gas. Kenapa dibandingkan dengan negara-negara yang tidak menghasilkan barangan tersebut, kenapa tidak bandingkan dengan Brunai?

Tahukah dengan kenaikkan harga barangan tersebut, menimbulkan berbagai-bagai masalah rakyat, terutama rakyat yang menjalankan perniagaan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan ditahap yang tidak seimbang, itu naik dan ini naik. Secara tidak langsung membebankan rakyat. Adakah slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN tetap dengan tindakan drastik PM?

Saya bukan membantah atau ingin memprotes terhadap tindakan PM itu, rakyat kini sudah celek dan maha berpengetahuan isu-isu harian, petah bersuara dan memperjuangkan hak yang mana patut dengan yang tidak patut.

WARISAN MANUSIA SEJAGAT: RAKYAT MALAYSIA HARUS AMALKAN HIDUP MANUSIA SEJAGA...

WARISAN MANUSIA SEJAGAT: RAKYAT MALAYSIA HARUS AMALKAN HIDUP MANUSIA SEJAGA...: "Sebelum saya memulakan kupasan terhadap betapa pentingnya seluruh rakyat Malaysia harus mengamalkan hidup berdasarkan kepada Konsep Manusia ..."

Friday, July 16, 2010

RAKYAT MALAYSIA HARUS AMALKAN HIDUP MANUSIA SEJAGAT

Sebelum saya memulakan kupasan terhadap betapa pentingnya seluruh rakyat Malaysia harus mengamalkan hidup berdasarkan kepada Konsep Manusia Sejagat, ini tidak dapat dinafikan oleh setiap rakyat di negara ini. Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang diri saya. Berpendidikan awal hingga ke Menengah atas di Sekolah Aliran Melayu di Utara Malaysia. Selepas persekolahan, disebabkan kehidupan keluarga bak kais pagi makan pagi, memaksa saya tidak dapat meneruskan pengajian dan mencari kerja bagi meringankan beban penjaga. Hampir menganggur l/k 3 tahun dan akhirnya menyertai Pasukan Keselamatan dari peringkat bawahan hingga keperingkat pertengahan selama 28 tahun. Selepas persaraan awal terus melibatkan diri dalam bidang Politik selama l/k 5 tahun dan amat menyesal sekali penyertaan saya dalam Politik. Tidak menyesal kerana baharu saya tahu betapa kotornya Politik. Benar kata kebanyakkan rakan taulan, Kalau tidak ada perasaan dengki, kianat, berani, penipu, pembohong dan hipokrit, jangan sekali-kali main Politik. Pengalaman pahit yang saya harungi akan saya ungkapkan dalam lain episod. Saya akan mendedahkan betapa kotornya Politik kepada rakyat seluruhnya.

Wahal setiap rakyat tidak perlu berpolitik untuk hidup, oleh itu saya ingin menasihatkan kepada rakyat terutama sekali generasi muda, untuk hidup tak perlu kita berpolitik. Saya berkecenderongan dalam menulis komen-komen dan memberi ulasan-ulasan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Prinsip saya yang benar tetap benar dan kalau menyeleweng itu tetap menyeleweng. Tujuan saya adalah satu - KITA ADALAH MANUSIA SEJAGAT.

Acapkali saya membaca komen dan kritikan dalam blog dan akhbar tempatan dan terasa ingin untuk meluahkan pandangan positif dan bernas untuk tatapan rakyat malaysia, agar membuat sesuatu keputusan yang rasional, bertindak rasional dan amalkan kritikan dan kutukan yang dihormati ramai. Bukan menggunakan komen dan kritikan dalam blog untuk tujuan memusnah dan memecahbelahkan rakyat. Perlu kita ingat sejak dulu lagi kita hidup dalam aman dan harmoni. Bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap inilah yang akan mencerminkan diri kita RAKYAT MALAYSIA. Tanpa kita pertikaikan siapa kita, tanpa kita mengira bangsa, agama dan darjat kita. MANUSIA tetap MANUSIA.

Manusia tetap Manusia
Salah tetap Salah
Benar tetap Benar
TETAPI
Sikap buruk manusia bukan tetap Sikap buruk manusia selama-lamanya.......
KERANA
Manusia yang waras dan berintergriti serta bermaruah dari BURUK akan balik ke pangkal jalan.