Tuesday, July 27, 2010

MANUSIA DAN ANJING ADALAH CIPTAAN TUHAN

Saya amat tertarik dengan komen RPK baru-baru ini - Dimana Nabi Muhamad dan kumpulannya melihat seorang wanita pelacur yang hina sedang memberi air minum kepada seekor anjing dengan menggunakan tangannya yang dibiarkan dijilat oleh anjing tersebut. Sabda Nabi Muhammad - Wanita pelacur itu tempatnya adalah di SYURGA.
Secara logiknya Manusia adalah dicipta oleh TUHAN, begitu juga ANJING yang ujud ini ciptaan TUHAN.
Anjing itu tidak haram sebenarnya, saya bukannya fasih dan mendalam dalam Islam, kecuali air liurnya tidak boleh terkena pada mana mana bahagian badan seorang Islam. Kalau terkena adalah dimestikan mencuci dengan sebersih-bersihnya. ITU SAJA. Saya mendapati rata rata ramai Muslim di Malaysia menganggap Anjing itu seperti musuh dan hina. Dipukul, dilanggar dan menggunakan cara seboleh bolehnya bunuh anjing tersebut. Perbuatan itu adalah SALAH.
Sama sama ciptaan tuhan. apa kata berlaku sebaliknya.
Berbalik kita kepada Wanita Pelacur itu - Ini jelas menunjukkan Ajaran Islam yang sebenarnya ada belas kasihan. akan tetapi majoriti Islam di Malaysia lebih utamakan ajaran Islam yang nyata yang mustahak adalah jangan tinggal sembahyang 5 waktu sehari, berpuasa di Bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji dan lain-lain tuntutan Islam dalam Al Quran. Adakah itu sudah cukup untuk seorang Islam jalan ke syurga?
Sekali lagi saya katakan, saya bukannya cukup mendalam mengenai Islam, tetapi setiap ajaran agama tidak kira Islam, Kristian, Buddhist, Hindu dll disamping mengikut kehendak ajaran agama, setiap umat harus mempunyai perasaan belas kasihan dan berperi kemanusiaan. Dosa dan pahala ditentukan Tuhan, bukan sahaja dalam Islam, tetapi agama yang lain pun sama. Setiap manusia tidak akan tahu jumlah dosa yang ada padanya dan jumlah pahala yang ada padanya Kerana TUHAN sahaja yang tahu. Sebab itulah semua agama berkehendakkan setiap umatnya berbuat baik dan hidup berlandaskan ajaran agama masing masing. Tidak ada satu agama didunia ini yang mengamalkan ajaran bertentangan, kecuali ajaran-ajaran sesat dan tidak boleh diterima manusia.
Kenyataan RPK itu menyedarkan kita bahawa - Yang alim dan taksub kepada agama itu tidak semestinya baik dan mulia, manakala sebaliknya kepada mereka yang melakukan kejahatan dan hina. Bertaubat dan balik ke pangkal jalan adalah yang sebaik baiknya. Bagi saya seorang wanita pelacur itu lebih mulia daripada seorang umat yang menyimpan hasrat dengki dan fitnah.
Terima kasih kepada RPK - memberi kesedaran kepada saya dan yang lain. Gunakanlah kenyataan itu dalam amalan saki baki hidup kita.

No comments:

Post a Comment