Satu pengumuman mengejut oleh PM pada 16.7.2010 berhubung kenaikan harga barang subsidi seperti gula, minyak dan gas, banyak menimbulkan keresahan dan rasa tidak puashati terutama kalangan rakyat jelata yang berpendapatan rendah. Saranan PM kononnya wang tersebut dapat digunakan bagi tujuan mempertingkatkan ekonomi dan pendidikan rakyat.
Dengan kenaikan harga barang yang berkuatkuasa pada 17.07.2010, secara keseluruhannya tidak membebankan golongan berpendapatan tinggi, tetapi bagaimana kah kedudukan rakyat jelata yang berpendapatan rendah bak kata pepatah KAIS PAGI MAKAN PAGI. Adakah golongan ini yang merangkumi majoriti berasa selesa dan bersetuju dengan kenaikan harga barang subsidi tersebut? Kenapa kenaikan barang ini dibuat dalam keadaan terdesak, wahal PM dan pemimpin-pemimpin Kerajaan kini dengan nada yang tinggi menyatakan bahawa Negara kita tidak menghadapi kemelut kewangan, Ekonomi negara kita kukuh. Sepatutnya kenaikan harga barang tersebut tidak sepatutnya di umumkan.
Mengikut TPM sistem dan kedudukan pendidikan di Negara kita ditahap yang baik, kenapa perlu penambahan baikan sistem pendidikan di Negara kita ini. Dimanakah letaknya kekurangan, sama ada pendidikan diperingkat rendah, menengah dan tinggi? Kenapa tidak membuat perbandingan taraf pendidikan negara kita dengan negara-negara yang mana perbandingan dibuat mengenai harga barang yang dinaikkan itu?
Perlu dikaji sebelum membuat perbandingan dengan negara-negara jiran mengenai harga-harga gula, minyak dan gas. Kenapa dibandingkan dengan negara-negara yang tidak menghasilkan barangan tersebut, kenapa tidak bandingkan dengan Brunai?
Tahukah dengan kenaikkan harga barangan tersebut, menimbulkan berbagai-bagai masalah rakyat, terutama rakyat yang menjalankan perniagaan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan ditahap yang tidak seimbang, itu naik dan ini naik. Secara tidak langsung membebankan rakyat. Adakah slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN tetap dengan tindakan drastik PM?
Saya bukan membantah atau ingin memprotes terhadap tindakan PM itu, rakyat kini sudah celek dan maha berpengetahuan isu-isu harian, petah bersuara dan memperjuangkan hak yang mana patut dengan yang tidak patut.
No comments:
Post a Comment