Sebelum saya memulakan kupasan terhadap betapa pentingnya seluruh rakyat Malaysia harus mengamalkan hidup berdasarkan kepada Konsep Manusia Sejagat, ini tidak dapat dinafikan oleh setiap rakyat di negara ini. Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang diri saya. Berpendidikan awal hingga ke Menengah atas di Sekolah Aliran Melayu di Utara Malaysia. Selepas persekolahan, disebabkan kehidupan keluarga bak kais pagi makan pagi, memaksa saya tidak dapat meneruskan pengajian dan mencari kerja bagi meringankan beban penjaga. Hampir menganggur l/k 3 tahun dan akhirnya menyertai Pasukan Keselamatan dari peringkat bawahan hingga keperingkat pertengahan selama 28 tahun. Selepas persaraan awal terus melibatkan diri dalam bidang Politik selama l/k 5 tahun dan amat menyesal sekali penyertaan saya dalam Politik. Tidak menyesal kerana baharu saya tahu betapa kotornya Politik. Benar kata kebanyakkan rakan taulan, Kalau tidak ada perasaan dengki, kianat, berani, penipu, pembohong dan hipokrit, jangan sekali-kali main Politik. Pengalaman pahit yang saya harungi akan saya ungkapkan dalam lain episod. Saya akan mendedahkan betapa kotornya Politik kepada rakyat seluruhnya.
Wahal setiap rakyat tidak perlu berpolitik untuk hidup, oleh itu saya ingin menasihatkan kepada rakyat terutama sekali generasi muda, untuk hidup tak perlu kita berpolitik. Saya berkecenderongan dalam menulis komen-komen dan memberi ulasan-ulasan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Prinsip saya yang benar tetap benar dan kalau menyeleweng itu tetap menyeleweng. Tujuan saya adalah satu - KITA ADALAH MANUSIA SEJAGAT.
Acapkali saya membaca komen dan kritikan dalam blog dan akhbar tempatan dan terasa ingin untuk meluahkan pandangan positif dan bernas untuk tatapan rakyat malaysia, agar membuat sesuatu keputusan yang rasional, bertindak rasional dan amalkan kritikan dan kutukan yang dihormati ramai. Bukan menggunakan komen dan kritikan dalam blog untuk tujuan memusnah dan memecahbelahkan rakyat. Perlu kita ingat sejak dulu lagi kita hidup dalam aman dan harmoni. Bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap inilah yang akan mencerminkan diri kita RAKYAT MALAYSIA. Tanpa kita pertikaikan siapa kita, tanpa kita mengira bangsa, agama dan darjat kita. MANUSIA tetap MANUSIA.
Manusia tetap Manusia
Salah tetap Salah
Benar tetap Benar
TETAPI
Sikap buruk manusia bukan tetap Sikap buruk manusia selama-lamanya.......
KERANA
Manusia yang waras dan berintergriti serta bermaruah dari BURUK akan balik ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment